- Membaca bismallah.
- Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat.
- Membaca salawat ke atas Nabi.
- Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati.
- Menggunakan pisau yang tajam.
- Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.
- Melakukan penyembelihan dengan segera
.
PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHAN
- Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.
- Menyembelih hingga terputus kepala.
- Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.
HIKMAH PENYEMBELIHAN
Penyembelihan diwajibkan ke atas setiap haiwan yang halal dimakan oleh orang Islam untuk memastikan sumber yang dimakan dapat memberikan kesan positif pada diri seseorang muslim itu dari segi mental, fizikal, sikap, atau perwatakan, dan sebagainya. Sesuatu yang bersumberkan yang haram, buruk dan najis lazimnya akan menghasilkan sesuatu keburukan yang lain pula. Selain itu, penyembelihan juga dapat memberikan banyak kebaikan dan hikmat. Antaranya adalah seperti berikut:
- Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara orang kafir dalam soal mematikan haiwan.
- Untuk menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram dimakan oleh orang Islam.
- Untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa ketika disembelih kecuali dalam masa yang singkat.
- Agar darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan cepat. Ini seterusnya dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada dalam darah haiwan tersebut.
- Sebagai meminta keizinan dari Allah subhanahu wata‘ala kerana haiwan dan manusia adalah makhluk Allah subhanahu wata‘ala yang bernyawa.
Kami menawarkan perkhidmatan menghantar ayam fresh baru sembelih terus ke rumah anda (sekitar Lembah Klang).
Untuk tempahan sila SMS kod "AYAM FRESH" ke 0189147212
No comments:
Post a Comment