Berpuluh-puluh ribu ekor ayam yang telah disembelih dan dilaporkan diragui sembelihannya sedang beredar di pasaran terutama sekali di Johor.
Masalah sembelihan yang diragui ini sudah lama diperkatakan. Sudah banyak pihak yang cuba menimbulkan kesedaran kepada umat Islam tentang ayam dan daging yang mereka ambil. Bahkan lebih tepat lagi makanan dan minuman yang dimasukkan ke dalam perut.
Namun seperti biasa, umat Islam di Malaysia ini tidak begitu mengambil berat dengan apa yang mereka makan dan minum. Malah lebih memalukan lagi, terdapat ramai orang Islam di Malaysia yang beranggapan amal ibadat mereka akan menjadi lebih mudah diterima oleh Allah Taala apabila negara ini menjalankan hukum hudud dan qisas!
Hujah tersebut boleh dilihat di mana-mana terutama sekali di media baru seperti Facebook dan blog.
Terdapat banyak rumah penyembelihan di negara ini. Bagaimanapun, penguatkuasaan yang dilakukan sebenarnya sangat lemah. Walaupun terdapat logo halal yang dipamerkan oleh rumah-rumah penyembelihan tersebut, tukang-tukang sembelih yang kebanyakannya adalah pendatang Indonesia, Bangladesh dan Pakistan yang diambil bekerja pula sangat meragukan.
Penulis pernah ke rumah penyembelihan yang terletak tidak jauh dari rumah penulis dan 'menemubual' tukang-tukang sembelih Indonesia di rumah penyembelihan tersebut selepas melihat sesuatu yang tidak kena pada tengkuk ayam yang telah disembelih. Bacaan bismillah yang diucapkannya terlalu kelam-kabut. Rukun Iman dan Rukun Islam yang ditanya, tidak boleh dijawab dengan sempurna dan saling bercampur-gaul.
Dan yang paling membuatkan nafas penulis sesak dan membatalkan niat membeli ayam di situ ialah apabila ada ayam yang disembelih dua kali. Penulis turut mengesyaki ada bangkai ayam yang turut disembelih oleh puak berkenaan memandangkan terdapat ayam-ayam murah yang dagingnya kelihatan sangat pucat!
Laporan yang dibuat mengundang kedatangan pegawai penguatkuasa. Logo HALAL ditarik balik, tetapi esoknya proses penyembelihan tetap dijalankan. Urusniaga berjalan seperti biasa dan sangat lancar. Pelanggan-pelanggan rumah penyembelihan tersebut yang kelihatan seperti orang Melayu dan seperti India Muslim beratur membeli ayam-ayam yang telah disembelih kerana harganya yang murah!!!
Seharusnya rumah-rumah penyembelihan bukan sahaja diperiksa sembelihan dan putusnya urat halkum (saluran pernafasan) dan mari' (saluran makanan dan minuman) tetapi juga pemilik rumah sembelihan itu dan para pekerjanya!
Kalau pusat tiusyen dan bantuan untuk orang susah pun, boleh terdapat unsur-unsur pemurtadan, barangkali kerja-kerja pemurtadan tersebut lebih mudah kerana makanan dan minuman yang penuh syubhah termasuklah sembelihan tidak sah telah menjadi darah daging umat Islam, lantaran sikap tidak ambil peduli dan tidak pernah peka!
Kami menawarkan perkhidmatan menghantar ayam fresh baru sembelih terus ke rumah anda (sekitar Lembah Klang).
Untuk tempahan sila SMS kod "AYAM FRESH" ke 0189147212
No comments:
Post a Comment