Saturday, March 1, 2014

Ayam sembelihan Tak Halal???



Baru tadi dapat e-mail dari kawan yang mendapat e-mail dari kawan juga yang pernah bekerja di sebuah syarikat pengeluar daging ayam halal. Kawan dari kawan ini telah berhenti kerja kerana tidak tahan melihat apa yang didakwanya sebagai penipuan status halal. Bekas pekerja ini mendakwa syarikat lamanya menggunakan pekerja2 vietnam yg berugama buddha untuk menyembelih ayam. 


Apabila pegawai Jakim datang buat pemantauan, pihak pengurusan akan panggil pekerja2 melayu lain pura2 jadi tukang sembelih, maka syarikat itu dapatlah Halal Jakim, tapi tukang sembelih yang sebenarnyanya adalah org2 bukan Islam, seperti yang didakwa oleh pembawa cerita ini. Jadi sekiranya cerita ini benar, dan penyampai cerita ini ikhlas untuk menyampaikan kebenaran, bolehkah kita makan sahaja ayam itu kerana telah dapat pengesahan Halal Jakim?


--> Halalkah Ayam Yang Anda Beli & Makan?

--> Adakah Anda Pasti Ia Disembelih Dengan Betul?

--> Mahukah Anda Dapatkan Stok Ayam Fresh Yang Baru Disembelih?
Kami menawarkan perkhidmatan menghantar ayam fresh baru sembelih terus ke rumah anda (sekitar Lembah Klang).


Untuk tempahan sila SMS kod "AYAMFRESH" ke 0189147212

Wednesday, February 26, 2014

Ayam sembelih halal atau tidak - wajib anda tahu

Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan!

Yang menjadi tanda tanya tanpa nuqtah ialah mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.

Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.

Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini



Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate


Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsung, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.



Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses. Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)




--> Halalkah Ayam Yang Anda Beli & Makan?

--> Adakah Anda Pasti Ia Disembelih Dengan Betul?

--> Mahukah Anda Dapatkan Stok Ayam Fresh Yang Baru Disembelih?
Kami menawarkan perkhidmatan menghantar ayam fresh baru sembelih terus ke rumah anda (sekitar Lembah Klang).

Untuk tempahan sila SMS kod "AYAMFRESH" ke 0189147212

Monday, February 24, 2014

Jenis Haiwan Yang boleh Disembelih



Haiwan yang boleh disembelih adalah dari jenis haiwan darat yang mengalirkan darahnya dan halal dimakan. Ini adalah seperti unta, lembu, kambing, kijang, ayam, itik, dan angsa.

Imam an-Nawawi rahimahullah menyebutkan:

قال بعض العلماء والحكمة فى اشتراط الذبح وانهار الدم تميز حلال اللحم والشحم من حرامهما وتنبيه على أن تحريم الميتة لبقاء دمها

“Sebahagian ulama menyatakan bahawa hikmah pada syarat sembelihan (adz-Dzabh) dan mengalirkan darah (an-nahr) adalah bagi membezakan di antara kehalalan daging dan lemak dari yang mengharamkannya. Perlu diperhatikan bahawa bangkai diharamkan (antaranya) kerana ia tidak mengalirkan (mengeluarkan) darah di dalam tubuhnya.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 13/123)

Adapun haiwan darat dari jenis yang mengalir darahnya yang tidak halal dimakan berdasarkan dalil-dalil yang telah ditentukan, maka ia adalah haram walaupun setelah disembelih, dan matinya tetap dihukumkan sebagai bangkai.

Manakala haiwan yang tidak memiliki darah yang mengalir atau tidak boleh disembelih (kerana tidak memiliki leher), jika ia mati maka matinya dianggap sebagai bangkai. Kecuali bangkai setiap jenis haiwan air dan bangkai belalang, ia halal dimakan walaupun tanpa melalui proses sembelihan.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ، وَدَمَانِ. فَأَمَّا الْمَيْتَتَانِ: فَالْحُوتُ وَالْجَرَادُ، وَأَمَّا الدَّمَانِ: فَالْكَبِدُ وَالطِّحَالُ

“Dihalalkan bagi kita dua bangkai dan dua jenis darah. Dua bangkai tersebut adalah bangkai ikan dan belalang, manakala dua darah tersebut adalah hati dan limpa.” (Hadis Riwayat Ahmad, 10/16, no. 5723. Dinilai sahih oleh al-Albani dan hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

Juga sebagaimana sabda beliau yang lain:

هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ الْحِلُّ مَيْتَتُهُ

“Laut itu suci airnya dan halal bangkainya.” (Hadis Riwayat Malik, Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, dan Ibnu Majah. Hasan sahih sebagaimana kata at-Tirmidzi)

Kami menawarkan perkhidmatan menghantar ayam fresh baru sembelih terus ke rumah anda (sekitar Lembah Klang).

Untuk tempahan sila SMS kod "AYAMFRESH" ke 0189147212


Thursday, February 13, 2014

PERKARA-PERKARA UTAMA SEMASA PENYEMBELIHAN

PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN

  • Membaca bismallah.
  • Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat.
  • Membaca salawat ke atas Nabi.
  • Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati.
  • Menggunakan pisau yang tajam.
  • Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.
  • Melakukan penyembelihan dengan segera



.
PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHAN

  • Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.
  • Menyembelih hingga terputus kepala.
  • Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.


HIKMAH PENYEMBELIHAN

Penyembelihan diwajibkan ke atas setiap haiwan yang halal dimakan oleh orang Islam untuk memastikan sumber yang dimakan dapat memberikan kesan positif pada diri seseorang muslim itu dari segi mental, fizikal, sikap, atau perwatakan, dan sebagainya. Sesuatu yang bersumberkan yang haram, buruk dan najis lazimnya akan menghasilkan sesuatu keburukan yang lain pula. Selain itu, penyembelihan juga dapat memberikan banyak kebaikan dan hikmat. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara orang kafir dalam soal mematikan haiwan.
  • Untuk menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram dimakan oleh orang Islam.
  • Untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa ketika disembelih kecuali dalam masa yang singkat.
  • Agar darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan cepat. Ini seterusnya dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada dalam darah haiwan tersebut.
  • Sebagai meminta keizinan dari Allah subhanahu wata‘ala kerana haiwan dan manusia adalah makhluk Allah subhanahu wata‘ala yang bernyawa.

Kami menawarkan perkhidmatan menghantar ayam fresh baru sembelih terus ke rumah anda (sekitar Lembah Klang).

Untuk tempahan sila SMS kod "AYAM FRESH" ke 0189147212

Saturday, February 8, 2014

Ayam Tak Halal?

Ayam Tak halal ?

Sebagai pengguna islam silalah berhati-hati jika hendak membeli ayam samaada di pasar atau hypermarket.. sila lihat dan perhatikan betul-betul sembelihan tersebut... dibawah ini kita dapat perhatikan sembelihan tidak halal... berwaspadalah selalu....







Sembelihan Mengikut Mazhab Syafi'e


Di dalam Mazhab Syafi’e hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat halkum dan urat mari’ sahaja. Namun sunat hukumnya memutuskan 2 urat (salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian.




Keratan rentas leher binatang sembelihan. kelihatan jelas 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-tengah leher. kawasan yang berwarna 'pink' pula adalah salur yang membawa darah dari jantung ke otak.


Hadith bermaksud,. Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai.


Sebagai pembeli / pengguna kita hendaklah berhati-hati dan pilih ayam yang betul-betul halal! 

Kami menawarkan perkhidmatan menghantar ayam fresh baru sembelih terus ke rumah anda (sekitar Lembah Klang).

Untuk tempahan sila SMS kod "AYAM FRESH" ke 0189147212

Thursday, February 6, 2014

AYAM HARAM SEDANG BERSEPAH-SEPAH!!!

AYAM HARAM SEDANG BERSEPAH-SEPAH!!!




Berpuluh-puluh ribu ekor ayam yang telah disembelih dan dilaporkan diragui sembelihannya sedang beredar di pasaran terutama sekali di Johor. 

Masalah sembelihan yang diragui ini sudah lama diperkatakan. Sudah banyak pihak yang cuba menimbulkan kesedaran kepada umat Islam tentang ayam dan daging yang mereka ambil. Bahkan lebih tepat lagi makanan dan minuman yang dimasukkan ke dalam perut.

Namun seperti biasa, umat Islam di Malaysia ini tidak begitu mengambil berat dengan apa yang mereka makan dan minum. Malah lebih memalukan lagi, terdapat ramai orang Islam di Malaysia yang beranggapan amal ibadat mereka akan menjadi lebih mudah diterima oleh Allah Taala apabila negara ini menjalankan hukum hudud dan qisas!

Hujah tersebut boleh dilihat di mana-mana terutama sekali di media baru seperti Facebook dan blog.

Terdapat banyak rumah penyembelihan di negara ini. Bagaimanapun, penguatkuasaan yang dilakukan sebenarnya sangat lemah. Walaupun terdapat logo halal yang dipamerkan oleh rumah-rumah penyembelihan tersebut, tukang-tukang sembelih yang kebanyakannya adalah pendatang Indonesia, Bangladesh dan Pakistan yang diambil bekerja pula sangat meragukan.


Penulis pernah ke rumah penyembelihan yang terletak tidak jauh dari rumah penulis dan 'menemubual' tukang-tukang sembelih Indonesia di rumah penyembelihan tersebut selepas melihat sesuatu yang tidak kena pada tengkuk ayam yang telah disembelih. Bacaan bismillah yang diucapkannya terlalu kelam-kabut. Rukun Iman dan Rukun Islam yang ditanya, tidak boleh dijawab dengan sempurna dan saling bercampur-gaul.

Dan yang paling membuatkan nafas penulis sesak dan membatalkan niat membeli ayam di situ ialah apabila ada ayam yang disembelih dua kali. Penulis turut mengesyaki ada bangkai ayam yang turut disembelih oleh puak berkenaan memandangkan terdapat ayam-ayam murah yang dagingnya kelihatan sangat pucat!

Laporan yang dibuat mengundang kedatangan pegawai penguatkuasa. Logo HALAL ditarik balik, tetapi esoknya proses penyembelihan tetap dijalankan. Urusniaga berjalan seperti biasa dan sangat lancar. Pelanggan-pelanggan rumah penyembelihan tersebut yang kelihatan seperti orang Melayu dan seperti India Muslim beratur membeli ayam-ayam yang telah disembelih kerana harganya yang murah!!!

Seharusnya rumah-rumah penyembelihan bukan sahaja diperiksa sembelihan dan putusnya urat halkum (saluran pernafasan) dan mari' (saluran makanan dan minuman) tetapi juga pemilik rumah sembelihan itu dan para pekerjanya!

Kalau pusat tiusyen dan bantuan untuk orang susah pun, boleh terdapat unsur-unsur pemurtadan, barangkali kerja-kerja pemurtadan tersebut lebih mudah kerana makanan dan minuman yang penuh syubhah termasuklah sembelihan tidak sah telah menjadi darah daging umat Islam, lantaran sikap tidak ambil peduli dan tidak pernah peka!


Kami menawarkan perkhidmatan menghantar ayam fresh baru sembelih terus ke rumah anda (sekitar Lembah Klang).

Untuk tempahan sila SMS kod "AYAM FRESH" ke 0189147212

Wednesday, February 5, 2014

Ayam kampung organik

Ayam kampung organik



ayam borong, ayam daging, ayam dara, ayam fresh, ayam sembelih, hantar ke rumah, sembelih halal,


Ayam memakan apa sahaja, daripada bijian ke daunan dan serangga. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein.

"Pada kebiasaannya, kami akan memberi makanan rumput jenis azola dan kiambang itik, sekali gus tidak memerlukan bahan kimia atau ubat-ubatan untuk membesar. Pengguna boleh makan ayam ini tanpa rasa was-was," jelasnya.

Ishamuddin ditemui semasa menerima kunjungan wartawan MEGA diladangnya di Bentong, Pahang baru-baru in. Yang turut hadir ialah rakan kongsinya, Mohd Khairul Redza Kamaruzaman.

Kaedah penternakan yang diperkenalkan Ishamuddin menjelaskan ayam akan dibiarkan secara bebas di kawasan ladang yang luas bagi memastikan ayam bebas berkeliaran.

Di samping itu, tumbuhan liar dibiarkan tumbuh dan hidup secara semula jadi bagi membolehkan ayam kampung organik ini mendapat makanan organik di mana-mana sahaja kawasan persekitaran ladang.

Sumber seperti protein, karbohidrat, dan mineral yang diperlukan oleh ayam-ayam tersebut boleh didapati secara semula jadi di kawasan ternakan yang luas.

Dalam pada itu, ayam kampung organik ini hanya dijual selepas berusia 100 hari iaitu setelah mencapai tahap matang dan berat sekitar 1.3 hingga 1.4 kilogram seekor.

Malah, bagi memastikan pembesaran ayam kampung organik ini mencapai tahap maksimum, pihaknya menghasilkan antibiotik secara semula jadi melalui penggunaan tumbuhan herba yang ditanam sendiri.

Hakikatnya, Ishamuddin tidak perlu merunsingkan kepala untuk mempercepatkan pembesaran ayam kampung dengan suntikan seperti yang biasa dilakukan ke atas ayam daging kerana kosnya tidak terlalu tinggi.

Campuran herba hempedu bumi, daun patawali, daun betik, kunyit dan halia digunakan sebagai antibodi untuk melawan penyakit.

Ia bertujuan memastikan ayam tersebut melalui proses pembesaran secara semula jadi.

Katanya, makanan yang diberikan kepada ayam untuk tujuan pembesaran dan tempoh sebenar ayam untuk membesar tidak mengikuti kaedah yang betul menyebabkan pengguna berdepan risiko ditimpa pelbagai penyakit.

Oleh itu, pemantauan terperinci perlu dilakukan pada setiap hari bagi memastikan proses pembesaran berjalan lancar.

Penternakan secara semula jadi itu membolehkan ayam-ayam berkenaan membekalkan nutrisi yang tinggi kepada pengguna.

Dalam pada itu, Ishamuddin juga menyifatkan ayam kampung organik asli kerana ia diternak di kawasan hijau selain air yang dibekalkan tidak tercemar.

Air untuk penternakan ayam daging diletakkan dalam kuantiti yang banyak di dalam satu reban.

Ishamuddin mendakwa, cara tersebut menjadikan ayam daging hidup dalam persekitaran yang kotor dan kekurangan zat makanan.

Menurutnya lagi, kaedah penternakan itu diperkenalkan berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang penternakan dari dalam dan luar negara selain mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Tambahan pula, ladangnya turut mengunakan penggunaan mikroorganisme efektif (EM) untuk memberi kesan yang baik untuk menyerap bau dan menghindarkan lalat.

Menyentuh mengenai rasa daging ayam, katanya , ayam kampung organik mempunyai rasa yang berbeza berbanding ayam di pasaran kerana ia lebih lembut, pejal dan tulang-tulangnya juga lembut.

"Rasanya yang lebih manis dan lembut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan pelanggan terutamanya pelanggan berbangsa Cina," katanya.

Ishamuddin turut memberitahu, perniagaan yang diusahakan ini tidak pernah mendapat bantuan kerajaan atau pinjaman daripada mana-mana bank.

"Saya menggunakan modal sendiri yang ada untuk membangunkan perniagaan menternak ayam kampung organik ini, tambahan pula amat sukar bagi mereka yang terbabit dalam bidang pertanian untuk memohon pinjaman daripada pihak bank.

Ditanya mengenai perancangannya, Ishammudin menyasarkan untuk menambah empat buah kedai menjual ayam kampung organik ini di samping mempunyai kemudahan tempat penyembelihan sendiri.

"Saya sudah pun mempunyai beberapa cawangan yang dibuka di Ampang, Damansara serta Bangi untuk membekalkan ayam kampung organik ini terus kepada pembeli.

"Dengan permintaan yang memberansangkan, saya yakin untuk membuka lebih lagi kedai-kedai membekal ayam kampung organik ini tidak menjadi masalah lagi," katanya. - MASZUREEN HADZMAN


Kami menawarkan perkhidmatan menghantar ayam fresh baru sembelih terus ke rumah anda (sekitar Lembah Klang).

Untuk tempahan sila SMS kod "AYAM FRESH" ke 0189147212